Friday, 2 December 2011

HIJRAH BACK TO THE QURAN


Sedar tak sedar,1433 hijrah sudah menjengah kita. Usia kian meningkat, baki umur kita pula kian berkurangan,fitrah sebagai insan. Ok,apa maksud sebenarnya hijrah ini? Bak kata Dr.Danial hijrah is a transformation process or a radical change that we made based on "Huda". The "Huda" we get from the Quran like Allah said in Al-Baqarah:185 'Ramadhan is the month in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear signs for guidance and judgment....' It is a divine guidance and 'Aqwam' as in Al-isra:9. Aqwam means the most truth,the most precise.

Aasif lah kalau pening baca dwi-language ni,bukan apa dasar 1 Malaysia mengukuhkan bahasa melayu dan memantapkan bahasa inggeris. Sebenarnya,awal tahun hijrah,pastilah akan berlalu dan terus berlalu, adakah hanya sekadar merasa nikmat cuti sehari,tonton filem islamik maal hijrah,baca doa awal dan akhir tahun? Adakah cukup sekadar itu? Apa yang harus kita buat sebenarnya ialah reflect balik berapa banyak peningkatan yang telah kita lakukan,kesalahan apa yang telah kita koreksi. Bila kita nk reflect towards transformation, wajiblah kita berbalik kpd guidance's book kita yakni Al-quran.

Apabila Al-Quran diturunkan kepada kita,apakah respons dan tindakan yang sewajibnya kita lakukan dalam usaha menjadikannya sebagai satu kompas hidup ?
Yang pertamanya ialah membacanya dengan tartil sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Muzzammil:4 "Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan". Hal ini dapat direalisasikan dengan bertalaqqi ilmu tajwid bersama para mursyid.

Yang keduanya ialah membacanya dengan "haqqa tilawatih" yakni dengan sebenar-benar bacaan. Rujuk Al-Baqarah:21. Ulama' telah menyenaraikan beberapa aspek haqqa tilawatih ini antaranya:
1) Menghalalkan apa yang halal
2) Mengharamkan apa yang haram
3) Membacanya sebagaimana diturunkan
4) Tafsir dengan betul

Yang ketiganya pula ialah tadabbur segala isi kandungan Al-Quran. Surah AN-Nisa':82 " Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran". Dengan pemahaman yang mendalam sesuatu ayat itu dapat memberi kesan terus kepada hati,seterusnya dapat mempraktikkan segala teori yang ada pada ayat itu.

Keempat,ialah tamassuk yakni melaksanakan dengan sungguh-sungguh segala tuntutan dalam Al-quran. Surah Al-'Araf: 170 " Dan orang-orang yang berpegang teguh pada kitab serta melaksanakan solat. Sungguh,Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang soleh". Daripada keteguhan pegangan pada Al-Quran ini akan menatijahkan kepada manifestasi praktikal amalan yang penuh ijtihadik,semangat yang berterusan untuk terus tsabat dan istiqamah dalam menmpraktikkan segala tuntutan Al-Quran.

Yang terakhir ialah tazakkir iaitu sebarkan segala isi kandungan,mau'idzah ataupun da'wah dan ajak orang lain kepada Al-Quran. Allah berfirman dalam Surah Qaf:45 "Maka berilah peringatan dengan Al-Quran kepada siapa pun yang takut kepada siapa pun yang takut kepada ancaman-Ku". Sudah menjadi tanggungjawab kepada setiap mukallaf dalam berperanan dan berpewatakan sebagai da'ie sepertimana hadis Rasulullah S.A.W. " Sesiapa yang mengatakan laailaha illah maka dia seorang da'ie". Sudah termasuk dalam pengertian asyhadu dalam dua kalimah syahadah iaitu akhbaru iaitu mengkhabarkan kepada orang lain walaupun sedikit sesuai dengan tema blog kita convey even a word. Kewajipan berda'wah dan saling memperingati harus lebih dibumikan dalam sanubari masyarakat kita yang terhijab dengan kata jangan jaga tepi kain orang,hal ini bertentangan dengan hadis nabi yang mengatakan sesiapa yang tidak ambil peduli tentang perihal kaum muslim,maka dia bukanlah daripada golongan itu.

Dengan kelima-lima garapan taktik respons dan akauntabiliti terhadap Al-Quran,diharapkan dapat membentuk "jiilul quranil farid" generasi Al-Quran yang unik yang mana gnerasi yang menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam,dalam usaha menegakkan kalimah Allah di bumi yang kita huni ini. Kebanyakan orang berfikrah islam,tetapi sedikit sangat yang berfikrah oerjuangan islam. Ramai yang menyokong gerakan islam tetapi tidak ramai yang mendokong perjuangan ini. Sempena maal hijrah ini,moga kita dapat muhasabah kembali segala amalan yang telah kita lakukan. Terdapat 4 aspek muhasabah yang digariskan oleh Imam Ibnu Al-Qayyim Al-jauziyyah:

1) Sejauh mana kefardhuan yang telah kita sempurnakan
2) Berapa banyak maksiat yang telah kita lakukan.
3) Berapa banyak masa kita dalam kelalaian
4) Nikmat anggota tubuh kita gunakan ke arah mana.

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan. Moga kita berbalik secara holistik kepada Al-Quran..Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...