Saturday, 10 December 2011

KU BISA DONG!


Ada orang berkata ‘’kamu enggak usah bimbang dong, aku bisa mengawal nafsuku ini’’, ‘’aku mau kenal aja dengan cewek itu, bukan untuk berniat jahat kepadanya!’’. Kata penulis: ‘’semudah itukah bertempur dengan nafsu?’’. Mari kita membelek helaian sejarah…

Kisah 1
Bila dicipta akal, Allah berfirman ‘’siapakah aku dan siapakah kamu?’’ maka jawab akal ‘’aku akal dan engkau adalah tuhan yang menciptaku’’. Kemudian diciptakan nafsu dan Allah berfirman kepadanya ‘’siapa aku dan siapa kamu?’’ maka jawab nafsu dengan penuh kesombongan ‘’aku adalah aku dan engkau adalah engkau’’.disebabkan jawapan yang angkuh itu nafsu dicelup kedalam neraka Jahim selama seribu tahun. Selepas dikeluarkan daripadanya dan ditanya soalan yang sama, nafsu masih memberikan jawapan yang sama. Maka dicelup lagi kedalam api yang panas membara selama seribu tahun lagi. Selepas dikeluarkan dan ditanya lagi, masih memberi jawapan yang sama, maka dicelup lagi kedalam neraka selama seribu tahun buat kali yang ketiganya. Apabila ditanya selepas celupan yang ketiga itu barulah nafsu menjawab ‘’aku adalah nafsu dan engkau adalah tuhan yang menciptakanku’’.

Kisah 2
Apabila bapa mereka memaklumkan perintah Allah supaya berkorban, maka patuhlah kedua beradik ini. Habil yang berhati suci memberikan kambing terbaik untuk dikorbankan di jalan Allah manakala Qabil hanya memberikan gandum yang busuk sebagai korban. Apabila melihat hanya korban adiknya yang diterima Allah maka timbullah kedengkian di hati Qabil. Kemudian berlakulah kejadian yang mana diceritakan Allah dalam Al-Quran pembunuhan saudara sendiri kerana dikawal oleh nafsu. Pembunuhan manusia yang pertama dibumi adalah disebabkan nafsu, dan pembunuh itu adalah anak kandung NABI ADAM! Apatah lagi manusia biasa?

Kisah 3
Ada seorang abid dari kaum bani Israel bernama Barshisha yang beribadah kepada Allah selama 300 tahun(lama tu! Kalau kita dapat tiga nyawa kita pun belum tentu dapat beribadah selama tu!). Maka syaitan berasa iri dengan abid tersebut dan mahu menyesatkannya. Maka syaitan menjelmakan dirinya sebagai abid dan mula beribadah berdekatan tempat ibadah Barshisha selama beberapa hari tanpa makan, minum dan tidur. Si abid yang kagum bertanya kepada sang durjana bagaimanakah caranya untuk beribadat sedemikian rupa. Maka jawab syaitan ‘’kamu mestilah berbuat dosa, kerana penyesalanmu terhadap dosa itu menyebabkan manisnya ibadahmu itu’’. Si abid bertanya lagi ‘’dosa yang macam mana?’’ jawab syaitan ‘’kamu pilih antara tiga, membunuh, berzina dan minum arak’’. Syaitan terus memujuk, setelah sekian lama Barshisha berkata ‘’aku tidak boleh membunuh kerana dosanya terlalu besar, apatah lagi berzina. Mungkin aku perlu minum sedikit arak’’. Maka berjalanlah abid ke kedai arak yang dijaga oleh seorang wanita muda, lalu membeli sedikit arak. Arak yang sedikit itu menyebabkannya ketagih, maka dia meminum sampai mabuk. Dalam keadaan mabuk, dia berzina(baca:merogol) dengan wanita penjaga kedai tadi. Oleh kerana takut diketahui keluarga si wanita, maka dia membunuh wanita tadi. Pun begitu, akhirnya bekas abid tersebut ditangkap penguasa dan disalib kerana kesalahannya. Ketika itu syaitan datang menawarkan bantuan kepada mantan abid dengan syarat dia sujud kepada sang durjana. Barshisha bertanya bagamana dia boleh sujud dalam keadaan itu, maka syaitan berkata cukup sekadar dia menundukkan kepalanya. Selepas Barshisha menundukkan kepalanya, datanglah ajal menjemputnya, maka matilah sang abid dalam keadaan mensyirikkan Allah. Kerana dia gagal mengawal nafsu ketika mabuk.


Keinginan berbuat jahat itulah nafsu, manakala keinginan berbuat baik itu fitrah setiap manusia. Nafsu sentiasa aktif dan bergelojak manakala fitrah itu sifatnya pasif, perlu sokongan. Maka kedua keinginan semula jadi itu tidak boleh berhadapan, apatah lagi nafsu disokong bisikan syaitan! Oleh itu, fitrah perlu disokong dengan prinsip atau matlamat yang yang telah dibentuk melalui latihan berdisiplin atau istiqamah, kemudian disalut dengan iman yang suci tidak ternoda. Selebihnya, serahkan kepada Allah. Dan peringatan, jangan sesekali meremehkan kebahayaan nafsu!


                                                                                       gambar hiasan sahaja, jangan marah ye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...