Monday, 5 December 2011

Bagaimanakah Cuti Kita?

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Pejam celik-celik,sedar tak sedar kita dah menghabiskan cuti sekolah selama lebih kurang 2 minggu.Jikalau pulang ke pengajian nanti,tentu sudah mampu membuat sebuku novel menceritakan tentang kehidupan sewaktu masa cuti.Manakan tidak,ada yang melancong,berehat,berkelah bersama keluarga dan sebagainya.Apapun empunya di sini masih rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Bercuti.Sesungguhnya Allah ada berfirman dalam Surah Al-Asr:"Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.Melainkan orang  yang beriman dan beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".Apabila berbicara soal cuti sekolah,pasti terlintas dalam benak fikiran kita ,sejauh manakah masa cuti ini dimanfaatkan sebaiknya dengan perkara yang berfaedah?????mendengar ceramah,menuntut ilmu,beriadhah dan perkara yang sewaktu dengannya.Walau apapun jawapan yang diberi,empunya di sini yakin dan pasti tanpa sebarang syak wasangka,jikalau satu tinjauan dilakukan,nescaya menonton televisyen dan melayari internet pasti menduduki peratusan yang paling tertinggi.Setuju?Tepuk dada,tanyalah iman.Menurut satu kajian yang telah dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang,secara purata kanak-kanak di Malaysia menonoton TV selama lebih kurang 2 hingga 3 jam sehari pada hari-hari biasa,manakala pada hari-hari minggu,3 hingga 4 jam sehari.Ini bermakna,lebih kurang 1200 jam setahun dihabiskan oleh kanak-kanak Malaysia bagi menonoton TV berbanding 1040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah.Perkara ini sememangnya amat mendukacitakan kita semua.Pada pendapat empunya diri di sini,inilah wabak penyakit yang berbahaya yang telah menimpa masyarakat kita di Malaysia.Menurut Kitab Penawar Bagi Hati,terdapatnya 7 anggota yang perlu kita pelihara dengan sebaiknya dan mata adalah salah satu daripadanya.Apabila wabak 'Menonoton TV' ini menular,nescaya ia telah merosakkan mata kita.Apa yang difikirkan empunya diri,sepatutnya cuti ini kita habiskan dengan menuntut ilmu dengan sebanyak mungkin.Jadilah seorang yang tamak akan ilmu.Empunya diri ini cukup tertarik dengan sesetengah organisasi yang telah merancang dan mengadakan beberapa program keilmuan seperti program motivasi dan sebagainya.Setidak-tidaknya,dengan cara ini akan menarik minat anak muda untuk menuntut ilmu.Tahniah diucapkan!Adapun telah disebut dalam Kitab Pelita Penuntut,terjemahan Ta'limul Muta'allim fi Tariqit Ta'allum,karangan Al-Alamah Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji dalam fasal pertama,bahawasanya dengan kita memiliki ilmu, nescaya ia menjadi satu wasilah kita takutkan diri kita kepada Allah S.W.T.Ingatlah,Rasulullah ada bersabda yang bermaksud,"2 nikmat yang telah disia-siakan oleh kebanyakan manusia:nikmat sihat dan masa lapang".Oleh itu,padatkanlah cuti sekolah ini dengan sebaik mungkin.Tuntutlah ilmu dengan sebanyak mungkin.Sesungguhnya,jikalau kita memiliki ilmu,nescaya ilmu akan menjaga kita dan jialau kita memiloki harta,nescaya kita yang akan menjaga harta.Wallahu A'lam..."ILMU ASAS KETAQWAAN"-Alfaqir- 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...