Tuesday, 22 November 2011

sarapan daging manusia !!!


"............Dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mngumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. "
[ surah Al Hujurat : 12 ]

" Setiap orang islam atas orang islam yang lain itu haramlah darahnya (tidak boleh membunuhnya), haram pula hartanya (tidak boleh merampasnya), dan haram pula kehormatannya (tidak boleh mengumpatnya)."
[ hadis riwayat Muslim ]

Apa yang diertikan dengan ghibah itu ialah bilamana kita menyebutkan perihal seseorang itu di belakangnya dan ia menyebabkan si fulan yang diperkatakan itu marah atau benci apabila mendengarnya dengan telinganya sendiri atau berita tersebut disampaikan oleh orang lain kepadanya.

" Ghibah ialah apabila engkau menyebutkan perihal sudaramu dengan sesuatu yang tidak disukainya."
[ hadis riwayat muslim ]

Ghibah bukanlah hanya tertakluk kepada ruang lingkup medan kuasa oral sahaja bahkan ia juga meliputi aspek demonstrasi atau perbuatan dan penulisan dokumentari sesebuah karya umum.

Namun kita sebagai khalifah tidak dibenarkan mahupun dapat menafikan bahawa terdapat umpatan - umpatan yang dibenarkan syara'. Antara corak - corak situasi umpatan yang dibenarkan islam ialah,

1) Penganiaan, seseorang yang didzalimi lalu dia ingin mengadukan usul dakwaan tersebut kepada penguasa atau hakim. Maka dia dibolehkan untuk dia mengumpat sekadarnya demi memenuhi tuntutan birokrasi protokol aduan tersebut. 

" Orang yang mempunyai hak itu boleh menyatakan alasannya."
[ hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim ]

2) Meminta pertolongan, bilamana berlakunya kemungkaran yang teramat dasyat lantas kita tidak berdaya atau mampu untuk mengubahnya dengan kudrat tulang empat kerat kita sendiri, dan pada masa yang sama terdapat pihak yang mampu menguruskannya. Di situ kita boleh untuk mengumpat tentang maksiat yang berleluasa itu kepada pihak tersebut sekadar memadai untuk mereka memahami konteks masalah yang timbul sahaja.

3) Nanbila hendak memberikan sesuatu amanat penting kepada sesuatu individu, maka golongan yang berkuasa dalam proses penyerahan kuasa tersebut bermesyuarat dan mengumpat secukupnya terhadap peribadi orang yang akan diberi amanah itu tadi. Segala yang didedahkan hendaklah tertakluk kepada berita yang sahih dan jauh dari fitnah.

4) Di saat menanyakan tentang seseorang yang lebih dikenali dengan gelarannya, padahal gelaran tersebut adalah buruk dan tidak disenangi oleh tuan punya badan. Contohnya seseorang yang dikenali dengan ' kanta ' dek kerana memakai cermin mata berkanta tebal. Seluruh komuniti di sekelilingnya hanya mengenali insan tersebut dengan ' kanta ' sahaja. Maka diharuskan untuk mengumpat di situ dalam usaha mencari tuan punya badan.

5) Boleh mengumpat kepada individu yang yang melakukan maksiat secara terang - terangan dan merasa bangga dengan aktiviti yang dilaknat tersebut. Maka dalam keadaan ini tidak lagi dia membenci apabila mendengar orang ramai mempertuturkannya.

Telah termaktub segala aturan - aturan yang perlu diakui dan dilaksanakan oleh manusia - manusia di dalam Al quran dan hadis dari sebesar - besar aspek hingga ke sekecil - kecil perkara. Cantiknya islam ialah ia tidak membiarkan kita terkapai - kapai di dunia ini dengan peraturan - peraturan hasil ciptaan akal manusia yang sangat - sangat terbatas ini dan semestinya mengundang mafsadat yang besar dek kecacatan sistem kolot lagi ampuh manusia tersebut. Pilihan di tangan kita yea, sama ada hidup bahagia membangun bersama islam atau hidup sengsara tertindas di bawah pemerintahan kroni - kroni taghut.

" Kemampuan manusia yang terbatas memerlukan kepada sesuatu kuasa lain untuk menentukan peraturan dalam hidup mereka. Umpama seekor binatang yang tidak boleh didisiplinkan oleh sesama binatang, lembu misalnya tidak boleh didisiplinkan oleh seekor lembu, perlu kepada manusia yang mengajarnya. Demikian juga manusia,  perlu didisiplinkan oleh kuasa yang lain, dan kuasa itu ialah ALLAH swt."
[ TGNAA ]

~ sayang tanah islam ~

sumber : Ihya' Ulumuddin dan 110 Mutiara Kata TGNAA 2010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...